Tuhan!
Ajarkan aku lagi ilmu yang seni-seni
Iaitu beri aku faham tentang pengertian sifat-sifat-Mu yang
mendalam
Agar aku bertambah mengenal-Mu
Supaya dengan itu aku bertambah cinta dengan-Mu
Dan bertambah lagi aku takut terhadap-Mu
Aku faham, makin banyak aku mengenal-Mu
Semakin luas ilmuku terhadap-Mu
Bagiku, rasa gerun dan hebat dengan Zat-Mu yang Maha Kuasa
Bertambah aku malu dengan-Mu
Tuhan!
Tanamkanlah di dalam hatiku ilmu rasa
Bukan ilmu di dalam fikiran
Pandangan hati menebalkan keyakinan
Pandangan akal adakalanya membawa keraguan
Kalaupun tidak ragu rasa bertuhan tiada
Rasa bertuhan menjadikan seseorang itu dapat menebalkan rasa
kehambaan
Rasa kehambaan pada seseorang itulah membawa seseorang tawadhuk
Tiada rasa kehambaan membawa seseorang itu sombong dan ego
oleh : AbuyaAshaari Muhammad at Tamimi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar