Bala yang besar bukan gempa bumi, bukan ledakan gunung berapi,
bukan banjir besar yang memusnah tapi ialah kekufuran di dalam diri atau di
dalam hati
Bala yang disebutkan tadi bahayanya di dunia, tapi kekufuran
bahayanya Neraka
yang amat dahsyatnya
Kemiskinan dan kefakiran bukanlah masalah masyarakat dan negara
Ada masalah yang lebih besar dari itu sebenarnya
Iaitu orang yang kaya, yang bakhil, tamak dan mengambil harta
bangsa dan negara
Mereka tidak bertanggungjawab kepada fakir miskin dan orang yang
menderita
Harta mereka untuk mereka dan keluarga bukan untuk bangsa dan
negara
Pemuda-pemudi yang berlepak-lepak membuang masa membuat kerja
yang sia-sia,
bahaya juga
Tapi ada yang lebih bahaya lagi ialah pembesar-pembesar dan
orang-orang kaya
yang berlepak-lepak membuang masa di gedung-gedung besar yang
tertutup,
ada penjaga, membuat kerja laknat dan membuang wang sia-sia
Sedangkan wang ringgit yang mereka dapati dari hasil negara dan
bangsa
Tapi sikap mereka tidak begitu dibising-bisingkan sangat
maklumlah orang istimewa
Yang dibisingkan sangat kerja muda-mudi yang sia-sia membuang
masa
Bencana yang merosak bukan hanya bencana alam ia berlaku
sekali-sekala
Bencana yang sebenarnya adalah sifat sombong atau ego, pemarah,
pendendam, tamak, bakhil, rasuah, hasad dengki, tipu daya
Sifat-sifat ini boleh memecahbelahkan perpaduan, boleh berlaku perbalahan,
boleh berlaku pergaduhan dan peperangan
Musnahnya merata, kerosakannya global, bahayanya menimpa bangsa
dan negara
Kebodohan adalah bahaya, tapi orang pandai yang mementingkan
diri, mengguna bangsa dan negara untuk kekayaan lagi bahaya
Begitulah manusia yang sudah kehilangan Tuhan
menilai masalah dan bahaya pun tidak begitu kena
Yang bukan masalah dianggap masalah, yang masalah tidak dianggap
masalah
Yang bahaya kecil dipandang besar, yang bahaya besar dipandang
remeh sahaja
Begitulah orang pandai yang hanya mengguna otak semata-mata
Ukurannya otak, segala-galanya dinilai berdasarkan otak
Wahyu sudah tidak dijadikan neraca lagi di dalam menilai
Oleh yang demikian banyak perkara disalah nilai
Bahkan sampai mudah menilai yang sesat dianggap tidak sesat,
yang tidak sesat dianggap sesat
Yang bid'ah dianggap sunnah, yang sunnah dianggap bid'ah
Yang patut fanatik tidak dibolehkan, yang tidak patut fanatik
dibolehkan pula
oleh : AbuyaAshaari Muhammad at Tamimi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar