Adakalanya seseorang itu tidak membuat dosa, boleh merosakkannya
Kerana dia terasa suci dan bersih dari dosa
Takutnya kepada Tuhan pun hilang, maka rasa kehambaannya hilang
pula
Bahaya bagi seseorang hamba yang sudah hilang rasa kehambaannya
Adakalanya seseorang itu ada sedikit cacat celanya untuk
menyelamatkannya
Di waktu dia tercacat, dia merasakan sangat berdosa
Jiwanya pun menderita, maka itulah yang Tuhan suka
Di situ ada rahsia dia dapat kekalkan sifat hambanya
Itulah yang Tuhan mahu dan suka
Di sini barulah kita faham, orang yang tidak membuat dosa pun
kenalah rasa berdosa
Kerana merasa berdosa itu adalah sifat hamba
Rasa kehambaan mestilah dikekalkan setiap masa
Begitulah rahsia Tuhan kepada kita
Ada yang nampaknya positif, dia akan jadi negatif
Ada yang nampaknya negatif tapi dia akan jadi positif
Tapi ini bukan pula dibuat-buat
Biarlah ia terjadi tanpa kehendak kita
Ia adalah rencana dari Tuhan di luar kuasa kita
Bukan rencana dari kita
Rencana dari kita tidak ada hikmahnya
Rencana dari Tuhan ada hikmahnya
Maha Besar Tuhan! Maha Suci Tuhan daripada membuat perkara yang
sia-sia
oleh : AbuyaAshaari Muhammad at Tamimi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar