Isteri yang solehahsentiasa taat dengan Allah dan patuh dengan
suami
Suami yang tersalah sentiasa diberi maaf
Cemburu dengan suami tidak ada di dalam sikap
Kepulangan suami disambut dengan senyum dan penuh hormat
Kekurangan yang diberi oleh suami dia tidak menyanggah
Bahkan merasa puas hati apa sahaja yang ada
Sentiasa berpuas hati apa sahaja yang diberi suaminya
Kesilapan suaminya sentiasa didoakan kepada Allah
Dengan suaminya sentiasa sahaja berbaik sangka
Samada cepat balik atau lambat balik tidak mengapa
Dengan suaminya dia sentiasa sahaja redha
Sekalipun suaminya banyak kekurangan yang dia rasa
Sentiasa simpati dengan suami di waktu bila pun tampak di
wajahnya
Kebuntuan suami dia selalu sahaja memberi semangat dengan
kata-kata
Suaminya dapat semangat dengan kata-kata isterinya yang
bertimbang rasa
Suaminya dapat inspirasi dari isterinya
Begitulah sifat isteri yang solehah dengan suaminya
Senang dan susah sanggup hidup dengan suaminya dengan bahagia
Merungut-rungut tidak ada di dalam kamus hidupnya
Menjadikan suaminya sentiasa cinta kepadanya dan bertimbang rasa
Hidup berkeluarga aman damai, harmoni sekalipun papa
oleh : AbuyaAshaari Muhammad at Tamimi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar