Kalau fikiran dan mata sahaja yang celik,manusia belum jadi
manusia
Kenalah jiwanya juga celik mengenal kebenaran barulah jadi
manusia
Hari ini ramai manusia jiwa buta
Tapi mata dan fikiran mereka celik, jadi cerdik
Malang sekali manusia yang cerdik hati buta
Kebenaran sudah tidak nampak, Tuhan tidak diambil
Ramai orang cerdik, bangsa dan negara maju
Tapi masa yang sama jiwa buta, jenayah sama-sama naik
Berlumba-lumba kemajuan dengan jenayah sama-sama naik
Pembangunan pesat, jenayah juga pesat
Kemudahan hidup sangat canggih
Di dalam kecanggihan itulah perpaduan dan keamanan musnah
Di dalam kehidupan ini, akal sahaja cerdik tidak cukup
Kenalah bersamanya jiwa juga ikut celik
Seolah-olah akal, fizikal, hati adalah satu pakej kehidupan
Kurang salah satu tempanglah kehidupan
Oleh itu ketiga-tiga aspek ini jangan diabaikan
Ia merupakan satu pakej kehidupan
Kenalah dididik ketiga-tiga anggota ini
Baru manusia hidup, berkasih sayang, bersatu padu, aman dan
bahagia
oleh : AbuyaAshaari Muhammad at Tamimi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar