Senin, 23 Juli 2018

BAHARUI TEKAD TAHUN BARU



Di awal tahun baru masihi 2003 ini marilah kita membaharui tekad
Berniat dan berazam meningkatkan perjuangan dan pengorbanan
semaksima yang terdaya

Tanpa membuang-buang masa yang sia-sia
Berkorban apa sahaja, demi melaksanakan cita-cita perjuangan yang dijanjikan
Marilah kita tingkatkan kualiti
aspek-aspek yang telah wujud di dunia
Di samping mewujudkan yang belum ada, supaya ada
Masa yang sudah lalu, lihat yang cacat, dan yang baiknya
Yang cacat diperbaiki, yang baik dielokkan lagi kualitinya,
yang belum ada diwujudkan
Barisan perjuangan kenalah dirapatkan, perpaduan dikuatkan lagi
Ukhwah, rasa bersama, bekerjasama, kasih sayang ditingkatkan
Minda adalah senjata yang paling tajam dan ampuh
untuk disebarkan di seluruh pelosok dunia
Ia merupakan peluru berpandu untuk menawan dunia dan bangsa-bangsa
Kita tembakkan peluru itu ke mana sahaja ke sasarannya
Hingga di tempat-tempat itu dapat kita tawan dengan minda akhir zaman,
dari Sohibuzzaman
Marilah kita membaharui tekad untuk melaksanakan semuanya ini
Jangan bertangguh-tangguh lagi,
kita perlu siap siaga untuk melakukan tuntutan ini
Marilah kita melayakkan diri
untuk menjadi seorang pejuang di akhir zaman ini
Untuk menagih janji dari Tuhan, melalui lidah Nabi
Marilah kita buktikan khabar gembira ini, berlaku di tangan kita ini
Kalau kita tidak dapat melayakkan diri seperti yang dikehendaki
Tuhan akan ganti dengan satu puak atau bangsa lain yang berkualiti
Mereka mencintai Allah dan Allah mencintai mereka
Janji Tuhan pasti terjadi
Di tangan kitakah atau di tangan puak lainkah namun ia akan jadi realiti
Mari! Mari! Jangan bertangguh-tangguh lagi
Marilah kita melayakkan diri,
untuk membuktikan janji Tuhan ini yang telah disabdakan oleh Nabi

oleh : AbuyaAshaari Muhammad at Tamimi

Tidak ada komentar:

Posting Komentar