Akal tanpa ditunjangi oleh tauhid akal yang tersendiri
Akal yang tersendiri akal yang tidak ada kontrol bebas
memikirkan apa sahaja
Sedangkan akal bukan Tuhan, ia dicipta Tuhan tentulah lemah,
jangkauannya adalah terbatas
Tidak semuanya dapat diteroka oleh akal
Padahal ciptaan Tuhan itu ada yang lahir ada yang batin
Ada yang boleh dilihat ada yang tidak boleh dilihat
Ada alam nyata, ada alam ghaib
Ada yang tersirat ada yang tersurat
Ada yang bersifat zahir, ada yang bersifat maknawi, ada yang
bersifat rohani
Bahkan Tuhan, Dia adalah Zat yang mempunyai sifat
Dia adalah pencipta alam lahir dan alam ghaib
Menjadikan yang tersurat dan yang tersirat
Yang zahir, maknawi dan rohani
Dia pencipta bukan dicipta
Lebih-lebih lagilah akal tidak mampu mengetahui semata-mata
kekuatan akalnya
Kalau dia tidak bersandar dengan kekuatan wahyu dari Tuhan
kebenaran mutlak sudah tentulah tidak diketahuinya
Kerana itulah orang yang berbangga dengan akal hendak
menyelesaikan dengan akal selalu sahaja bercanggah dan tersalah
Apabila bercanggah selalulah berbalah
Apabila selalu berbalah memecahkan ukhwah
Manakala nafsu pula campurtangan dititi pula oleh syaitan
Orang yang menggunakan akal semata-mata datang sakit hati,
hasad dengki pun menyerang
Jurang perbalahan pun bertambah dalam
Berlakulah pergaduhan, permusuhan dan peperangan
Begitulah sifatnya akal apabila bersendiri tanpa ditunjang oleh
Tuhan
Dia telah menuhankan diri sendiri iaitu akalnya
Fikirlah tuhan yang bukan Tuhan hendak menjadi Tuhan tentulah
banyak kesilapan
Macam manalah tidak haru-biru kehidupan insan
Akal yang lemah tidak mengaku lemah
Akal yang banyak perkara tidak tahu memaksa-maksa diri tahu
Tidak haru-birukah? Tentulah haru-biru
Dunia yang haru-biru kerana akallah
Dunia sudah jadi neraka kerana akallah yang mengambil alih kuasa
Tuhan
Tuhan berlepas diri, tanggunglah sendiri
Tuhan tidak susah, Maha Suci Tuhan daripada susah
Yang susah dan parah adalah manusia itu sendiri
oleh : AbuyaAshaari Muhammad at Tamimi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar